Friday, July 22, 2011
Bola kampung.
Berlatarbelakangkan sebuah kampung bernama Gong Lechar, cerita ini berkisah kepada sekumpulan kanak-kanak yang menggilai bola. Namun, mereka hanya bermain kerana minat semata-mata. Itu semua berubah apabila Pengetua Daud dan jurulatih bola sepak yang baru, Abdul Rahman menubuhkan pasukan bola sepak untuk menyertai kejohanan antara sekolah. Protagonis siri ini, Iwan yang meminati Zinedane Zidane memimpin pasukan ini dalam usaha mereka menjadi yang terbaik.Malang bila impiannya ditentang hebat oleh Azman, si bapa yang pernah bermain untuk pasukan negara. Azman tidak mahu anaknya mengalami nasib yang sama seperti dia. Namun, dengan sokongan Azizul dan Sabok, rakan baiknya, Iwan berjaya mengatasi segala rintangan dan menjadi nadi pasukan. Bersama-sama, Iwan dan rakan-rakan bertarung dengan cabaran yang akan datang untuk mencapai impian masing-masing.
Labels:
Sinopsis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment